Berita Utama

Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM

Orang diminta semak kesahihan, lapor kepada CCID

BANGI, 19 Muharram 1444H, Rabu – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Sehubungan itu, Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohammad Mentek meminta orang ramai supaya tidak memberi atau mendedahkan maklumat kepada pemanggil.

Sebaliknya, beliau meminta mereka untuk menyemak kesahihan dengan menghubungi talian rasmi K-KOMM di 03-89115351, 03-89115258 atau 03-89115265.

“Sebarang panggilan atau mesej yang disyaki menjurus kepada penipuan juga perlu dilaporkan terus kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) Response Center, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button