Berita UtamaUtama

Martabatkan Bahasa Melayu tanggungjawab semua, bukan DBP sahaja: Datuk Aziz Deraman

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta mahupun persendirian perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman berkata, tanggungjawab melaksanakan dasar bahasa bukan terletak kepada DBP semata-mata.

“Ia adalah tanggungjawab semua dan juga Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan banyak perkara yang harus menjadi tanggungjawab bersama. Salah satunya, bahasa Kebangsaan.

“Dalam perkara 152 Perlembagaan, ia bukan untuk DBP sahaja, tetapi tapi untuk semua orang, termasuklah Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan (bermakna badan-badan kerajaan, kementerian, agensi termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan.

“Yang menjadi masalah sekarang apabila mereka tidak mahu memahami bahawa ia tanggungjawab Perlembagaan dan tanggungjawab diri sendiri,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak kononnya DBP kurang memainkan peranan, katanya, DBP hanya bertanggungjawab dari aspek pembangunan pembinaan sahaja.

“Misalnya, nak sebut bagaimana, nak eja bagaimana, membakukan bahasa, istilah dan sebagainya. Itu peranan DBP. Dalam masa sama, DBP juga memberi khidmat nasihat.

“DBP kena jaga dari segi penggunaan tapi pelaksanaan itu mesti dilaksanakan oleh semua pihak, negeri, persekutuan dan juga kerajaan tempatan. Itu konsep yang ada dalam Perlembagaan yang termaktub.

“Jadi, kalau mereka tidak menghayati dan tidak faham, bukan salah DBP. Itu salah. DBP adalah untuk pelaksanaan dasar bahasa. Saya harap DBP tidak perlu jadi pengemis bahasa di negara sendiri,” katanya.

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Saya menyebut DBP sebagai Dewan Bahasa & PUAKA kerana ia adalah perosak bahasa melayu #1…extrem, solusi, radikal, koreksyional, respiratori, aktiviti, inspirasi, promosi dan beribu lagi perkataan Melayu yang telah dikuburkan oleh Dewan Bahasa & Puaka dengan menggantikannya dengan bahasa Inggeris, yang sama ada diMelayukan dengan mengubah sebutan dihujungnya atau pun dengan meng-Inggeris-kannya sepenuhnya dengan hanya mengubah ejaan. Contoh: Pemulihan/Correctional=Koreksyional dan Pernafasan/Respiratory=Respiratori. Ini memang kerja puaka dan mengaibkan! Konon2nya untuk memodenkan bahasa Melayu, tak sedar mereka sebenarnya bebal dan tiada jatidiri. Arahan kerajaan adalah untuk menggunakan bahasa Inggeris hanya sekiranya tidak terdapat perkataan bahasa Melayu Tetapi Dewan Bahasa & Puaka nampaknya amat ghairah meng-Inggeris-kan bahasa Melayu bukannya mengkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan cara yang cerdik. Orang-orang DB&Puaka, termasuk Datuk Aziz Deraman, rata-rata mengalami penyakit otak beku. Mereka sepatutnya mencontohi penggubal bahasa Mandarin yang berjaya mencipta suatu “bahasa tidak asli/unnatural language” yang sangat menakjubkan sehinggakan ia menjadi bahasa yang kedua paling lengkap dalam dunia, selepas bahasa Arab. Orang-orang DB&Puaka nampaknya malu dengan bahasa sendiri. Saya ada terbaca komen seorang rakyat Malaysia berbangsa India yang melahirkan rasa kesalnya kerana, lebih 20 tahun dahulu sahaja telah terdapat beribu perkataan Inggeris yang telah di Melayu-kan telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. Saya rasa 5 tahun akan datang tidak perlu lagi diterbitkan kamus dwi bahasa Melayu-Inggeris kerana pada masa itu DB7Puaka teah pun meng-Inggeris-kan 100% bahasa Melayu. Orang-orang Cina, Korea dan Jepun mempunyai perkataan sendiri untuk perkataan “hello” dan mereka sangat berbangga dengan bahasa mereka.
    Saya menyeru pegawai-pegawai DB&Puaka belajar daripada pakar-pakar bahasa Melayu daripada SDI Media yang menyediakan sarikata bahasa Melayu untuk banyak filem2 dan dokumentari2 asing. SDI Media jarang2 sekali menggunakan perkataan Inggeris yang di-Melayu-kan oleh DB&Puaka. Sehinggakan saya kerap mendapati perkataan-perkataan Melayu yang tidak pernah saya dengar sebelum ini. Tahniah SDI Media.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close