Berita Utama

Husni tuduh Anwar liwat anak saudara: Jawi rakam keterangan dua ahli Parlimen

BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil keterangan dua ahli Parlimen berhubung dakwaan qazaf terhadap Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohamad Kori berkata, pihaknya mengambil keterangan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad, hari ini.

“Siasatan lanjut akan dijalankan selepas keterangan mereka direkodkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Husni yang merupakan bekas Menteri Kewangan kedua sebelum ini mendakwa, beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati Ketua Umum PKR itu terlibat kes liwat dengan anak saudaranya.

Kenyataan itu dibuat Husni ketika membahaskan Bajet 2018 dan membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat pada 1 November lalu.

Kenyataan berkenaan mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pembangkang dan mendesak Husni mengulangi tuduhan itu di luar Dewan Rakyat.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close