Berita Utama

Saad Hariri letak jawatan PM Lubnan takut dibunuh

BEIRUT, 17 Safar 1439H, Isnin – Bimbang menjadi mangsa bunuh seperti bapanya, Saad Al-Hariri mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Lubnan.

Keputusan itu dibuat selepas beliau merasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuhnya.

Kenyataan pengunduran Saad disiarkan secara langsung dari ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Memetik sumber Reuters, katanya, beliau takut menerima nasib sama seperti bapanya, Rafik al-Hariri yang dibunuh pembunuh upahan.

“Kita hidup dalam iklim yang sama dengan apa yang berlaku kepada ayah saya (Perdana Menteri sebelumnya). Saya dapat rasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuh saya,” katanya.

Saad menjadi Perdana Menteri Lubnan hujung tahun lalu, selepas satu kesepakatan politik diterima, yang menjadikan Michel Aoun sebagai presiden negara tersebut.

Aoun kini menunggu Saad pulang daripada Arab Saudi untuk menyatakan pengundurannya secara rasmi. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close