Berita Utama

26 maut, lebih 100 cedera stesen jana kuasa meletup

UTTAR PRADESH (India), 14 Safar 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 26 maut dan lebih 100 orang cedera dalam letupan di sebuah stesen janakuasa menggunakan arang batu di Unchahar, Uttar Pradesh, semalam.

Letupan dipercayai berlaku di bahagaian saluran paip dandang di stesen janakuasa millik syarikat utiliti terbesar India, National Thermal Power Corporation.

Difahamkan, stesen menjana 1,550 megawatt dengan 870 pekerja itu, membekalkan elektrik kepada sembilan neger. Bagaimanapun ia ditutup buat sementara.

Memetik sumber Reuters , lebih 100 cedera yang mana 20 mangsa dalam keadaan kritikal, kebanyakannya melecur teruk.

Pegawai kanan kerajaan daerah Rae Bareli, Sanjay Kumar Khatri, berkata saluran gas dan wap yang tersumbat dipercayai menjadi punca letupan.

Sehubungan itu, kerajaaan India mengarahkan siasatan diselesaikan dalam masa tujuh hari untuk mengetahui punca letupan. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close