Berita UtamaUtama

Isu pengguna: Presiden PERKID pula dipanggil polis

BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis, berhubung kenyataannya berkaitan sindiket jenayah, baru-baru ini.

Menurut notis arahan yang dikeluarkan polis hari ini, beliau dikehendaki hadir untuk siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 9 pagi Jumaat ini.

Is susulan aduan yang dibuat di IPD Kajang pada 26 Oktober lalu, dua hari selepas Ismaweb.net menyiarkan kenyataan beliau berhubung isu sindiket jenayah itu.

Ustaz Masridzi mengesahkan didatangi anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi menyerahkan notis arahan siasatan itu, hari ini.

“Sama-sama doakan dan bagi sokongan untuk hadir beramai-ramai ke IPD Dang Wangi Jumaat ini…patah sayap bertongkat paruh..pejuangan tetap diteruskan jua… Allahuakbar!,” katanya kepada Ismaweb.net.

Ustaz Masridzi sebelum ini membuat kenyataan menerusi klip video yang disiarkan dalam laman Facebook beliau, ketika hadir memberi sokongan kepada dua pegawai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dan Ali Salimin, yang ditangkap di IPD Kajang, 24 Oktober lalu.

Kedua-dua pegawai terbabit ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menceroboh dan melakukan perbuatan khianat terhadap sebuah syarikat kereta sewa, AGR Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Dalam kenyataannya, Ustaz Masridzi antara lain berkata, ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba melindungi sindiket jenayah dengan memperbesarkan dan mencampuradukkan isu berkaitan peribadi.

Katanya, penangkapan Yusuf yang juga Ketua Unit Tindakan Khas PPIM bukanlah kali pertama, malah, sebelum ini pun beliau pernah ditangkap berikutan isu Low Yat dan pendedahan mengenai sindiket perjudian.

http://www.ismaweb.net/2017/10/tangan-tangan-ghaib-lindungi-sindiket-jenayah/

ISU TANGKAPAN YUSOF PPIM

Dikirim oleh Presiden Perkid pada 23 Oktober 2017

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close