Berita Utama

Singapura perkenal pasport baru

SINGAPURA, 6 Safar 1439H, Khamis – Singapura mengeluarkan pasport biometrik baharu bagi tujuan keselamatan dan tidak mudah dipalsukan.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) berkata, pasport itu disertakan dengan halaman visa baru dan ditambah dua ciri keselamatan.

Yang pertama adalah imej pemegang passport, yang boleh dilihat sebagai gambar positif atau negatif, ketika dilihat dalam cahaya.

Yang kedua adalah reka bentuk transformasi permukaan dalam bentuk bunga kebangsaan, yang memaparkan kesan reflektif dan animasi cahaya pada sudut yang berbeza.

Bagi halaman visa, pasport baharu itu menampilkan reka bentuk enam mercu tanda tempatan – Singapore Botanic Gardens, Esplanade, Marina Barrage, Gardens by the Bay, Hub Sukan Singapura dan Punggol New Town.

Ia dibuat bagi menggantikan imej sedia ada dari kaki langit Pusat Perniagaan dan Esplanade.

Seperti pasport sedia ada, reka bentuk baharu bagaimanapun sudah mematuhi cadangan dan keperluan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close