Berita Utama

120 kali Zionis roboh perkampungan Bedouin Palestin

GAZA, 6 Safar 1439H, Khamis – Rejim Zionis merobohkan rumah di perkampungan penduduk Palestin daripada suku Bedouin di Al-Araqib, selatan Israel, buat kali ke 120 semalam.

Kakitangan pihak berkuasa tanah Israel (ILA), diiringi polis rejim negara itu memasuki perkampungan berkenaan, membawa bersama jentolak sebelum merobohkan rumah penduduk.

Tindakan itu adalah kali ke 120 dilakukan ke atas perkampungan yang sama selepas penduduk mendirikan semula rumah mereka setelah dirobohkan.

Kali pertama rumah di perkampungan itu dirobohkan ialah pada Jun 2010. Al-Araqib adalah salah satu daripada perkampungan suku Bedouin yang tidak diiktiraf oleh rejim Israel.

Bulan lalu, mahkamah Israel memerintahkan enam penduduk Al-Araqib membayar 262,000 shekel (AS$72,000) sebagai kos merobohkan rumah mereka, selain AS$27,693 bagi menampung kos peguam.

Kumpulan hak asasi berkata, lebih separuh daripada 160,000 orang suku Bedouin tinggal di perkampungan yang tidak diiktiraf Israel, di mana rejim negara itu tidak menyediakan kemudahan infrastruktur atau meletakkan kampung itu di bawah pentadbiran kerajaan tempatan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close