Berita Utama

Kawasan baharu penyakit anjing gila dikesan di Sarawak

BANGI, 3 Safar 1439H, Isnin – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengesahkan penemuan kawasan baharu dikesan dijangkiti wabak rabies atau penyakit anjing gila.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kawasan positif rabies itu dikesan di Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya dalam bahagian Samarahan hari ini.

“Lokasi Kampung Sampun Gerunggang itu berada di luar radius 10 kilometer kawasan yang sudah diisytiharkan wabak rabies di tiga bahagian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amar Douglas yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata, penemuan berkenaan menjadikan sebanyak 26 kawasan di negeri itu kini diisytihar sebagai kawasan wabak rabies.

12 September lalu, kawasan terakhir yang dikesan positif wabak itu adalah di Taman Alamanda, Matang. Bagaimanapun, sejak Julai sebanyak 26 kawasan membabitkan 20 kampung di Serian, Kuching (4), Sri Aman dan Samarahan.

Setakat ini, lima mangsa disahkan meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close