Berita UtamaUtama

LLM syor keluarkan wajah pemandu guna telefon bimbit di akhbar

Gambar Utara News

BANGI, 2 Safar 1439H, Ahad – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesyorkan gambar pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit disiarkan di laman sosial atau akhbar.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, tindakan itu adalah untuk menyedarkan mereka tentang bahaya perbuatan tersebut.

Katanya, sekiranya kesalahan sama diulang tiga kali, tindakan lebih keras perlu diambil iaitu gantung lesen memandu mereka.

“Menggunakan telefon bimbit ketika memandu memang berbahaya, jadi saya rasa dengan cara menyiarkan wajah-wajah pesalah ini di media akan dapat memberi kesedaran dan pengajaran kepada mereka,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kes kemalangan jalan raya semakin meningkat akibat kecuaian pemandu yang terlalu leka menggunakan telefon bimbit.

Tambah beliau, pemandu juga tidak seharusnya menggunakan telefon bimbit ketika memandu walaupun menggunakan alat bebas tangan.

“Bagi saya penggunaan alat bebas tangan juga tidak selamat, jadi jika pemandu benar-benar mahu menjawab panggilan mereka haruslah berhentikan kenderaan terlebih dahulu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close