Berita UtamaUtama

SPRM tahan Shafie Apdal

KOTA KINABALU, 30 Muharram 1439H, Jumaat – Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

Mohd Shafie,60, ditahan kira-kira jam 9 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah semalam.

Sebelum itu, Anggota Parlimen Semporna berkenaan tiba di pejabat SPRM di sini kira-kira jam 5.15 petang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30 petang.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Mohd Shafie tetapi enggan mengulas lanjut.

Esok Mohd Shafie dijangka dibawa ke mahkamah pagi ini permohonan tahanan reman.

Sementara itu, seorang jurutera awam yang juga perunding sebuah syarikat, Amarjit Singh turut ditahan SPRM pada kira-kira 2.45 petang semalam di pejabat SPRM Sabah.

Amarjit , 47, ditahan ketika hadir di pejabat agensi itu untuk memberi keterangan berhubung penyelewengan dana berkenaan.

Dengan penahanan Mohd Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah dan jurutera berkenaan, jumlah individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan isu dana di Sabah kini berjumlah 11 orang.

Dua daripada 11 individu berkenaan ialah adik kepada Mohd Shafie iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal.

Daripada jumlah itu, sembilan daripadanya telah direman dengan lapan daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker