Berita Utama

Shafie Apdal masuk hospital selepas ditahan SPRM

BANGI, 30 Muharram 1439H, Jumaat – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dimasukkan ke Hospital Queen Eliabeth 2 (QEH) malam tadi, kerana tekanan darah tinggi.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dijadual mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, selepas solat Jumaat hari ini.

Beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9 malam tadi, selepas dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan penyelewengan dana awam di negeri itu.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto J Padua berkata, Mohd Shafie dibawa ke hospital itu, kira-kira jam 11.30 malam tadi, namun keadaannya dilaporkan baik.

“Beliau dibawa ke QEH2 malam tadi bagi mendapatkan pemeriksaan doktor dan didapati mengalami tekanan darah tinggi.

“Sehingga pagi ini beliau masih di bawah pemerhatian doktor di hospital tetapi keadaannya dilaporkan baik,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close