Dunia

Zionis rancang duduki Tebing Barat sepenuhnya

Hukuman kolektif taktik baru tentera pengganas lemahkan semangat rakyat Palestin

RAMALLAH, 20 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh meyakini rejim Israel berusaha untuk menduduki semula Tebing Barat secara sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu.

“Apa yang berlaku ialah pendudukan semula sepenuhnya Tebing Barat, sama ada Kawasan A, atau B atau C,” kata Shtayyeh dalam satu kenyataan.

Khamis lalu, tentera pengganas Israel memusnahkan rumah tahanan Palestin milik Islam Froukh di Tebing Barat, yang dituduh melakukan serangan bom di stesen bas di Baitulmaqdis tahun lalu yang menyebabkan dua warga Israel terbunuh.

Perobohan rumah telah menyebabkan ibu bapa tahanan dan empat adik perempuannya dipindahkan.

Shtayyeh menyebut perobohan rumah oleh rejim Zionis sebagai jenayah keji, yang menyebabkan seluruh keluarganya kehilangan tempat tinggal.

“Hukuman kolektif ini, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah, adalah percubaan oleh pendudukan haram Israel untuk menurunkan semangat rakyat kita,” kata Perdana Menteri.

Di bawah Perjanjian Oslo 1995 antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Kawasan A, B, dan C.

Tentera pengganas Israel kerap merobohkan rumah penduduk Palestin yang dituduh melakukan serangan terhadap warga Israel, satu dasar yang mencetuskan kecaman meluas daripada kumpulan hak asasi manusia sebagai satu bentuk hukuman kolektif. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button