Berita Utama

Ketua Pemuda PAS Selangor positif COVID-19

Dipindah ke Hospital Sungai Buloh akibat demam berpanjangan, badan semakin lemah

BANGI, 25 Ramadan 1442H, Jumaat – Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli – yang disahkan positif COVID-19 – dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh susulan demam berpanjangan dan keadaan badan semakin lemah.

Ketua Pemuda PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin memaklumkan, Hanafi sebelum ini menjalani proses kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Saya dapat berita yang menyedihkan hati pada malam semalam dan kalau diikutkan hati, saya nak ke Hospital Sungai Buloh sekarang juga.

“Sahabat saya (Hanafi) sedang menjalani kuarantin di MAEPS terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh akibat demam berpanjangan dan badan semakin lemah.

“Saya menjadi saksi bahawa beliau adalah petugas dan pimpinan jemaah yang sangat komited menjaga dan menggerakkan jemaah di kala pagi, petang, siang dan malam,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Khairil turut menekankan bahawa pandemik COVID-19 adalah benar serta menggesa semua pihak menangani virus berkenan.

“Ya Allah, engkau sembuhkanlah sahabat seperjuangan saya ini dan kesemua mereka yang terjejas dengan virus COVID-19.

“Lindungilah kami dan angkatlah wabak ini. Kawan-kawan. The pandemic is real (Pandemik ini benar). Kita wajib bersama melawan virus ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button