Berita Utama

Malaysia pertimbang buka hospital di Cox’s Bazar bantu Rohingya

COX’S BAZAR,  26 Muharram 1439H, Isnin – Malaysia mempertimbang cadangan untuk membuka hospital lapangan di Cox’s Bazar bagi pelarian Rohingya mendapatkan rawatan.

Hasrat itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Bangladesh, AH Mahmood Ali dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja di Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam di Dhaka semalam.

Bdnews24.com melaporkan, Mahmood Ali memuji tidakan berani Malaysia menyokong pelarian Rohingya yang ditindas rejim Myanmar.

Katanya, Bangladesh mengalu-alukan cadangan Malaysia untuk membuka hospital lapangan di Cox’s Bazar dalam menyediakan khidmat kesihatan kepada 300,000 pelarian Rohingya.

Jelas Mahmood Ali dalam taklimatnya kepada Zahid, lebih setengah juta pelarian Rohingya baharu tiba ke negaranya sejak 25 Ogos lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhannya lebih 900,000 pelarian Rohingya di Bangladesh.

Mengikut jadual lawatan rasmi Zahid ke Bangladesh, beliau akan melawat kem dan penempatan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close