Berita UtamaUtama

Pelajar sekolah antara ditahan rancang serangan militan

KUALA LUMPUR, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pelajar sekolah adalah antara beberapa individu ditahan polis berikutan rancangan melakukan serangan militan di beberapa lokasi dalam negara.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan dalam beberapa operasi berasingan di Kelantan sejak Selasa lalu dipercayai akan melakukan serangan menggunakan bahan letupan.

“Ya ada tangkapan dibuat terhadap beberapa individu yang cuba melakukan serangan dalam negara namun saya tidak boleh dedahkan maklumat lanjut kerana ia masih dalam proses siasatan.

“Bagi kami jalankan siasatan dahulu dan satu kenyataan akhbar akan dibuat dalam tempoh dua atau tiga hari lagi,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close