Berita Utama

Kritik Sultan Johor: Polis buka kertas siasatan terhadap Zamihan

BANGI, 21 Muharram 1439H, Rabu – Polis hari ini membuka kertas siasatan terhadap Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin berhubung kenyataannya yang mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima satu laporan polis terhadap Zamihan.

Bagaimanapun katanya, polis belum memanggil bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu untuk memberi keterangan.

“Kita belum panggil dia dan belum buat apa-apa tangkapan buat masa ini kerana kertas siasatan baru dibuka.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” katanya seperti dilapor Utusan.

Zamihan menerusi statusnya di Facebook hari ini turut memohon maaf jika Sultan Johor terasa hati dengan salah faham yang timbul.

BERITA BERKAITAN:

http://www.ismaweb.net/2017/10/zamihan-nak-saman-portal-akhbar-siar-artikel-didakwa-fitnah/

http://www.ismaweb.net/2017/10/kritik-sultan-johor-presiden-aswaja-bakal-disiasat-lapor-akhbar/

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close