a
Terkini
14/12/2017, 2:56 am

‘Bantu doktor gigi palsu sebab kenal bapa’

Oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 19 Muharram 1439H, Isnin – Persatuan kelab motosikal Dragon76 hari ini tampil menjelaskan isu bantuan kepada doktor gigi palsu yang hangat diperkatakan oleh netizen.

Wakil kelab itu, Amir Hamzah Abdul Hamid menegaskan dana yang dikumpul sebanyak RM70,000 bertujuan mengelakkan Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, atau lebih dikenali sebagai Nara daripada hukuman mahkamah oleh kerana merasakan hukuman yang dikenakan merupakan sesuatu yang zalim dan keterlaluan.

“Nara dah pun dipenjarakan, saya rasa hukuman tersebut sudah cukup untuk menginsafkannya. Saya dan persatuan motosikal bantu sebab bersesuaian dengan misi penubuhan persatuan kami iaitu ingin membantu orang yang telah dianiayai,” katanya.

Namun pada masa yang sama, beliau turut bersetuju perbuatan gadis itu yang membuka perusahaan pergigian secara haram satu tindakan yang salah dan boleh memudaratkan kesihatan mereka yang menggunakan khidmat memasang pendakap gigi tidak berlesen itu.

“Persatuan Dragon76 membantu Nara disebabkan kami kenal bapanya dan mereka dari keluarga yang baik-baik. Kami bantu atas dasar persahabatan dengan niat untuk melepaskan anak sahabatnya yang dilanda masalah,” katanya dalam klip video yang disiarkan di laman Facebooknya, hari ini.

Beliau turut mengulas mengenai kaitan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diuar-uarkan oleh netizen.

“Persatuan Dragon76 sama sekali tidak ada kaitan dengan PPIM. Secara keseluruhannya, RM70,000 tersebut adalah hasil daripada dana yang dikumpul oleh Persatuan motosikal Dragon76 sahaja atas belas kasihan dan kami menyifatkan kes ni adalah kes teraniaya.

“Isu perkaitan PPIM ini timbul setelah PPIM mengeluarkan satu artikel akan mengumpul dana RM70,000 untuk bantu Doktor gigi palsu sedangkan PPIM tidak terlibat langsung dalam pengumpulan dana ini. Rentetan isu itu, persatuan Dragon76 turut terkena tempias dihentam dek kebencian netizen terhadap PPIM,” katanya.

Amir Hamzah berkata, sidang media dan permohonan maaf secara terbuka oleh Nara akan diuruskan dalam masa terdekat.

BERITA BERKAITAN:

http://www.ismaweb.net/2017/10/pengguna-laman-sosial-kecam-ppim-bantu-doktor-gigi-palsu/

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment