Berita UtamaDunia

Layanan Taliban terhadap wanita seperti jenayah kemanusiaan: PBB

Boleh cetus keganasan rumah tangga, masalah kesihatan mental

GENEVA, 1 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Layanan Taliban terhadap wanita dan gadis Afghanistan, termasuk pengecualian mereka ke taman, gim, sekolah dan universiti, mungkin menyamai jenayah terhadap kemanusiaan.

Penilaian oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Afghanistan, Richard Bennett dan sembilan pakar PBB yang lain berkata, layanan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan mungkin sama dengan ‘penganiayaan jantina’ di bawah Statut Rom yang mana Afghanistan adalah sebahagian anggotanya.

“Mengurung wanita ke rumah mereka adalah sama dengan pemenjaraan,” kata pakar dalam satu kenyataan

Tindakan Taliban itu dakwanya, berkemungkinan membawa kepada peningkatan tahap keganasan rumah tangga dan masalah kesihatan mental.

Pakar itu juga menyebut sebagai contoh penahanan awal bulan ini terhadap aktivis wanita Zarifa Yaqobi dan empat rakan sekerja lelaki di mana mereka kekal dalam tahanan.

Tiada maklum balas segera daripada jurucakap Taliban kepada permintaan Reuters untuk mengulas mengenai penilaian pakar itu.

Taliban mengambil alih daripada kerajaan yang disokong Barat pada Ogos 2021 dan berjanjji akan menghormati hak wanita mengikut tafsiran mereka terhadap undang-undang Islam.

Kerajaan Barat berkata, Taliban perlu mengubah haluan mereka mengenai hak wanita, termasuk pusingan U untuk membuka sekolah menengah perempuan ke arah pengiktirafan rasmi kerajaan Taliban.

Secara berasingan, jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB, Ravina Shamdasani menggesa pihak berkuasa Taliban untuk segera menghentikan penggunaan sebatan awam di Afghanistan.

Katanya, pihak pejabat telah mendokumentasikan banyak kejadian seperti itu bulan ini, termasuk seorang wanita dan seorang lelaki disebat masing-masing 39 kali kerana belum berkahwin dan menghabiskan masa bersendirian bersama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button