Berita Utama

Guru dipelawa lontar idea

MUAR, 9 Muharram 1439H, Sabtu – Kementerian Pendidikan mempelawa para pendidik terutamanya guru di sekolah untuk melontarkan idea atau pandangan bagi membentuk keperibadian pelajar dan sahsiah diri.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid seperti yang dipetik Utusan berkata, ia berikutan kegusaran perkara yang berlaku kebelakangan ini di kalangan golongan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar.

“Pengumpulan idea dan pandangan tersebut dibuat secara umum dan tidak ada jawatankuasa khas ditubuhkan, sebaliknya guru-guru yang mempunyai idea boleh mengemukakan sama ada emel atau pernyataan bertulis.

“Maksudnya, mereka boleh bagi pandangan sebab ada guru yang berada 25 tahun di sekolah, dia boleh nampak apa sebenarnya benda yang ada di sekolah itu dan misalnya kalau perlu diubah perkara-perkara tertentu serta kalau tak diubah apa implikasinya.

“Malah, mereka pun tahu sebenarnya macam mana nak membina sebuah identiti yang lebih lengkap tak kira sama ada guru itu (berkhidmat) di bandar
dan luar bandar,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close