Berita UtamaUtama

Remaja pukul ibu bebas dadah: Polis

KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1439H, Khamis – Remaja lelaki berusia 15 tahun yang didapati memukul ibunya di rumah mereka di Ampang kelmarin, kerana mahukan wang disahkan bebas daripada pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ujian air kencing telah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Beliau berkata, rakaman remaja berkenaan memukul ibunya diambil oleh adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya.

“Bapa remaja berkenaan kemudian menyerahkan rakaman itu kepada guru sekolah remaja itu dengan niat untuk meminta guru sekolah menasihati anaknya,” katanya.

Bernama melaporkan rakaman insiden itu kemudianya tular dan dikecam oleh masyarakat. Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dilakukan.

Dalam video berdurasi 43 saat itu, remaja lelaki berusia 15 tahun itu dilihat memukul ibunya beberapa kali pada lengan, selain memegang kerusi plastik untuk dibaling ke arah ibunya.

Menerusi perbualan yang dapat didengar, ia berpunca daripada kegagalan remaja itu memperoleh wang daripada ibunya. Turut dapat didengari adalah rayuan daripada nenek pelajar itu yang cuba meleraikan pertelingkahan.

Harian Metro pula melaporkan, bapa remaja itu yang berusia 39 tahun telah membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan keluarga terutama anaknya, selepas video menjadi tular di media sosial.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close