Berita UtamaUtama

Pesta tarian gay terbesar dunia di Kuala Lumpur 30 September

BANGI, 29 Zulhijjah 1439H, Rabu  – Belum selesai isu pesta arak Better Beer Festival, umat Islam dikejutkan lagi dengan penganjuran pra-pesta muzik tarian gay yang akan diadakan di Rooftop GTower, Kuala Lumpur.

Parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ itu dikatakan yang terbesar di dunia, diadakan pada 30 September ini.

Berdasarkan poster dan laman web, pesta tarian ini adalah anjuran DivineBliss Malaysia.

Difahamkan, penganjur menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini.

Acara ini terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Pesta Gay ini dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah satu syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

Papar selanjutnya

2 komen

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close