Berita UtamaUtama

DBKL tolak permohonan penganjur pesta arak

BANGI, 27 Zulhijjah 1438H, Isnin – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjur Better Beer Festival 2017 di Solaris Damansara pada 6 dan 7 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria berkata, DBKL menerima permohonan daripada penganjur pada 28 Ogos lalu dan membuat keputusan menolaknya.

“Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan. Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Menurut laman sosial penganjur, pesta arak itu dirancang diadakan secara besar-besaran di sebuah kompleks beli-belah di Dutamas, Damansara dengan menyediakan kira-kira 250 jenama arak daripada 43 syarikat seluruh dunia.

Secara tidak rasmi, pra pesta itu sudah bermula sejak minggu lalu di beberapa tempat di sekitar ibu negara, sehingga acara kemuncaknya pada 6 dan 7 Oktober di Damansara.

Kali pertama pesta itu diadakan pada 2012 di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan dihadiri kira-kira 200 pengunjung.

Tahun lalu, pengajur mengubah tempat ke Publika Shopping Gallery yang menarik 3,500 pengunjung.

Pada 6 dan 7 Oktober ini pengajur sekali lagi memohon kebenaran DBKL untuk menganjurkan pesta sama di White Box & The Square di Publika Shopping Gallery di Dutamas, Damansara yang diharap menariks sehingga 6,000 pengunjung.

Penganjuran itu bagaimanapun, mendapat bantahan umat Islam, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Bagaimanapun, parti rasis dan cauvinis DAP bersetuju dengan penganjuran pesta arak itu dengan memberi alasan Malaysia sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan sebarang aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

http://www.ismaweb.net/2017/09/umat-islam-wajib-tolak-pihak-promosi-maksiat/

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close