Berita UtamaUtama

Piala Presiden Isma 2017: Tiga pasukan Pantai Timur, satu Utara ke separuh akhir

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Tiga pasukan Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta satu pasukan dari Utara – Kedah – akan bersaing dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Piala Presiden Isma 2017, sebentar lagi.

Pasukan Terengganu akan berdepan Kedah di Padang C, manakala Pahang pula bakal berentap dengan Kelantan di Padang A.

Pada peringkat suku akhir, Pahang menewaskan Sarawak 2-0, manakala Kedah menang ke atas Pejuang 1-0.

Terengganu pula menang bergaya mengetepikan Pulau Pinang pada suku akhir dengan 3-0.

Perlawanan antara Kelantan dan Az-Zahrah berlanjutan hingga ke sepakan penalti yang menyaksikan Kelantan menyumbat 3 gol, berbanding Az-Zahrah hanya 2.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker