Berita UtamaUtama

Pejuang 2017 angkat bahasa Melayu, tulisan Jawi sebagai warisan negara

Oleh Athirah Huda Zalhe

SHAH ALAM, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sekali lagi meneruskan usahanya tahun ini dengan menganjurkan Malam Inspirasi Pejuang 2017 (Pejuang 2017) untuk terus menyuntik semangat patriotik rakyat berjuang kepada negara dan umat.

Pejuang 2017 membuka tirainya sebentar tadi, dengan kata aluan daripada Pengarahnya, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yang menekankan aspek mempertahankan bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai warisan serta identiti negara.

Aspek berkenaan juga adalah tema yang diangkat dalam penganjuran kali ketiga ini iaitu ‘Bahasa Melayu Teras Tamadun Bangsa’.

Penganjuran kali ini turut menonjolkan beberapa tokoh yang berjuang dalam pembinaan identiti Islam negara dengan memartabatkan bahasa Melayu dan tulisan jawi antaranya Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba).

Acara ini pastinya menantikan ucaptama daripada Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman sebagai kemuncak yang sekaligus merasmikan Pejuang 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Pelbagai acara menarik telah disusun antaranya persembahan seni Silat Hang Tuah, deklamasi Teromba oleh Datuk Paduka Prof Madya Rosli Saludin dan jualan lelongan.

Lebih 500 tetamu hadir termasuklah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Mohd Fauzi Shaffie dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close