Berita UtamaUtama

Tahfiz terbakar: Ujian DNA 23 mangsa selesai

 

KUALA LUMPUR, 24 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap 23 mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah selesai.

Dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook, hari ini, beliau berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan dan menghubungi ibu bapa serta waris mangsa untuk memaklumkan perkembangan itu secepat mungkin.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada (Ketua Jabatan Institut Perubatan Forensik Negara), Dr Mohd Shah (Mahmud) dan pasukannya kerana membantu mempercepatkan proses pengurusan susulan tragedi ini.

“Kami berharap dan berdoa tragedi ini adalah yang terakhir seumpamanya, justeru tindakan pencegahan perlu dilaksanakan dan dipatuhi semua pihak kelak,” katanya.

23 mangsa termasuk dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di sini, maut dalam kebakaran yang dilaporkan berlaku pada awal pagi semalam.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close