Berita Utama

Perlu solusi segera elak Kajang Bypass jadi ‘laluan maut’

Susur keluar tanpa tol punca kenderaan tidak perlahankan kelajuan

BANGI, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Satu solusi perlu diputuskan segera bagi mengelakkan lebih banyak kejadian kemalangan membabitkan orang awam berlaku di laluan Pintasan Kajang atau lebih dikenali sebagai Kajang Bypass.

Sehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kajang menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan.

Yang Dipertua ISMA Kajang, Dr Isa Mohd Hasan berkata, susur keluar lebuh raya tanpa tol menyebabkan kenderaan tidak memperlahankan kelajuan, sekali gus berisiko menyebabkan kemalangan.

“Jalan ini juga tidak diwartakan sebagai lebuh raya atau jalan perumahan.

“Faktor ini menyebabkan penduduk setempat menghadapi kesusahan kerana terpaksa menempuh jalan yang berbahaya setiap hari, sama ada untuk ke pasar raya, sekolah atau pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Laluan Kajang Bypass adalah lokasi ‘panas’ yang dikatakan kerap berlaku insiden kemalangan termasuk meragut nyawa pengguna jalan raya.

7 Mac lalu, sepasang suami isteri termasuk seorang daripada dua anak mereka maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan memasuki laluan bertentangan.

Remyzan Baharudin, 42, isteri Suzyla Ahmad Dahlan, 40, dan anak perempuannya Raiha Syuhaida Remyzan meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Manakala, seorang lagi anak mangsa Raif Adam Lutfan Remyzan, 7, terselamat dan kini menetap bersama ibu saudaranya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button