Berita Utama

Pendidikan Alam Sekitar bakal diperkenal sebagai subjek sekolah, universiti

IPOH, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Kerajaan bakal memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek dalam sistem pendidikan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi menjelang 2019.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, draf cadangan itu akan dibentangkan dalam Kabinet tahun depan.

Katanya, cadangan berkenaan dibuat oleh beliau pada awal tahun ini, bukan sahaja untuk subjek yang diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, malah bermula tadika ke universiti.

“Kami sudah berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai perkara itu.

“Apabila perbincangan selesai di peringkat pegawai tinggi dari kementerian (Pendidikan), kami berharap ia dapat dibawa ke Kabinet pada pertengahan tahun depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelas beliau, subjek itu akan membantu menangani isu-isu seperti pencemaran alam sekitar dan kepentingan pembangunan mampan.

“Kita perlu bermula dari usia muda untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi alam sekita, dan sebagai subjek sekolah, ia akan menjadi satu langkah yang baik,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close