Artikel KhasBerita Utama

Belasah pekerja muslim: Mana respon SUHAKAM, MCCBCHST?

Bukan sikap perkauman tetapi individu Islamophobia

TINDAKAN pantas dari Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) menahan empat individu yang bukan sahaja membelasah pekerja tetapi pada masa yang sama menghina agama Islam wajar dipuji.

Apabila saya mendapat berita ini, saya juga berasa geram dan marah akan kata-kata yang diungkapkan majikan andai apa yang ditulis di dalam laporan polis itu adalah benar. Secara peribadi, saya ada beberapa komen tentang perkara seperti ini;

1. Ini bukan kes pertama dan insyaAllah bukan yang terakhir.

2. Saya tidak terkejut dengan kata-kata yang diungkapkan kerana saya sendiri pernah melaluinya, malah ramai mualaf juga menceritakan kepada saya pengalaman mereka berdepan majikan yang Islamophobia.

3. Saya sering menyeru agar masyarakat tidak mengambil tindakan sendiri dengan membelakangkan undang-undang negara walaupun kita marah dan geram.

4. Saya percaya ramai lagi yang pernah melalui situasi seperti ini tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu menanggung risiko dibuang kerja atau takut akan keselamatan diri dan ahli keluarga mereka.

5. Persoalan yang bermain di fikiran masyarakat adalah setelah 63 tahun kemerdekaan dan hidup bersama, kenapa masih ada lagi individu yang bersikap Islamophobia sedangkan selama ini mereka hidup aman dan menjadi kaya di Malaysia sambil dikelilingi majoriti Muslim?

Di manakah silapnya? Silap sistem pendidikan atau kelemahan penguatkuasaan atau budaya rasuah atau kelemahan ahli politik Muslim yang sibuk berebut kuasa?

6. Sesuatu yang menarik perhatian adalah sehingga kini (waktu posting ini dibuat), saya masih belum nampak sebarang respon daripada Peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) , Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) atau para pejuang hak asasi manusia pasla isu ini.

Mereka laju bersuara apabila terhadap Muslim & Islam tetapi berdiam diri atau lambat memberikan respon apabila melibatkan Muslim & Islam. Apakah hak asasi manusia itu tidak terpakai untuk Muslim?

7. Saya setuju dengan kenyataan PDRM bahawa ini bukan isu perkauman walaupun majikan mereka adalah berbangsa Cina dan pekerja berbangsa Melayu kerana terdapat juga Cina beragama Islam dan Melayu murtad serta Melayu munafik di sisi kita.

Ianya adalah sikap individu yang Islamophobic!

8. Sebagaimana kes Adib dulu, ia bukannya isu perkauman tetapi sikap ekstrem sesetengah kumpulan sehingga seorang seorang penjawat awam terbunuh yang diakibatkan oleh sesetengah kumpulan yang membelakangkan undang-undang negara, apabila membina rumah ibadat di tanah orang lain secara haram!

Bukan satu dua tetapi menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, setakat di Wilayah Persekutuan sahaja ada 115 rumah ibadah dibina secara haram: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1952230#.YHbXW8Jw1_Y.facebook

9. Solusinya adalah agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas individu dan kumpulan seperti ini agar keharmonian negara terjaga dan tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

10. Fahami dan amalkan Rukun Negara yang ketiga & keempat iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang agar Malaysia kekal aman dan harmoni.

Firdaus Wong Wai Hung
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM)

Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button