Berita UtamaDunia

Arab Saudi seru kuasa besar cegah Iran perkuat keupayaan nuklear

Iran diminta patuhi sepenuhnya Perjanjian Nuklear 2015

JEDDAH, 15 Safar 1443H, Rabu – Arab Saudi menggesa kuasa-kuasa besar dunia untuk mencegah Iran daripada memperkuatkan keupayaan nuklearnya.

Berikutan itu, Riyadh menyokong mana-mana usaha antarabangsa yang bertujuan mencegah Iran daripada memperoleh senjata nuklear, kata menteri pada hari Selasa.

Dalam pertemuan mingguan yang dipengerusikan oleh Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud, Kabinet Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan dalam pertemuan dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), baru-baru ini.

Wakil kerajaan untuk agensi itu, Putera Abdullah bin Khaled bin Sultan meminta Iran untuk mematuhi sepenuhnya syarat perlindungan IAEA di bawah Perjanjian Nuklear 2015.

“Peras ugut nuklear oleh Iran mesti dihentikan,” katanya.

Pada awal pertemuan Kabinet semalam, Raja Salman mengucapkan tahniah kepada kerajaan pada Hari Kebangsaan ke-91 dan baginda mengharapkan lebih banyak pencapaian untuk kemajuan dan kemakmuran.

Kabinet juga diberi penerangan mengenai beberapa pertemuan antara raja dan pemimpin asing, termasuk mesej kepada Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune mengenai peningkatan kerjasama bersama.

Julai lalu, Arab Saudi dilaporkan akan memerhati tindak-tanduk kerajaan baharu Iran khususnya dalam pembangunan senjata nuklear.

Putera Faisal berkata, Riyadh turut menuntut penjelasan berhubung penemuan serpihan Uranium di tapak yang tidak diisytiharkan di negara berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button