Berita Utama

Solat sunat Aidiladha jam 8.15 pagi di Selangor

SHAH ALAM, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Waktu Solat Sunat Aidiladha di seluruh negeri Selangor pada Jumaat ini ditetapkan pada jam 8.15 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, penetapan masa itu adalah bagi memastikan waktu solat sunat dapat diseragamkan di seluruh masjid di Selangor.

Selain itu, ia juga dibuat bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah.

“Melalui penetapan ini, diharap sedikit sebanyak memberi ruang dan masa yang cukup untuk umat Islam hadir ke masjid sebelum solat sunat Aidiladha didirikan.

“Selain itu, kita ingin mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya menjaga adab masing-masing selain memastikan ibadah korban yang dilakukan mendapat rahmat daripada Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker