Berita UtamaUtama

Skuad Pahang FC nekad juara Piala Presiden Isma, pertaruh pemain muda

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Skuad Isma Pahang FC bangkit menebus kesilapan tahun lalu dengan mempertaruhkan campuran pemain muda dan berpengalaman untuk berentap pada kejohanan Piala Presiden Isma 2017, September ini.

Meskipun kesal dengan kesilapan tahun lalu, namun skuad Tok Gajah itu enggan menoleh kebelakang sebaliknya nekad memberikan yang terbaik pada 16 dan 17 September depan.

Skuad berkenaan hilang kelayakan untuk penyertaan pada kejohanan yang lepas ekoran mengambil bekas pemain bagi Liga FAM, sekali gus melanggar syarat-syarat yang ditetapkan penganjur.

Bagaimanapun, pengurus pasukannya, Mohamad Hafizuddin Che Muhamad berkata, skuad kendaliannya itu akan mematuhi setiap syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi kejohanan tahun ini.

Malah, beliau meletakkan sasaran ke final sekali gus menjanjikan corak permainan yang terbaik dan memberi saingan kepada pasukan lain.

“Sesi latihan dijalankan setiap hari yang dikendalikan oleh jurulatih Farid Daud, di mana beliau komited dengan Isma Pahang FC sejak tahun lalu lagi.

“Beliau antara jurulatih yang memiliki pengalaman yang cukup luas dalam aren bola sepak Malaysia, bahkan terlibat secara langsung dalam projek pemain muda negeri Pahang sebelum ini,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Pahang akan menjadi antara pasukan yang bakal digeruni oleh peserta lain, selepas melihat komitmen pemain dalam setiap sesi latihan.

“Bagaimanapun, kita menganggap 16 pasukan yang bertanding tahun ini sebagai saingan utama kita memandangkan mereka membuat persiapan seawal dan sebaik mungkin,” katanya.

Papar selanjutnya

Satu komen

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close