Berita UtamaUtama

Tokoh Islam Liberal Indonesia Mun’im Sirry wajib dihalang masuk Malaysia

Dr Mun’im Sirry

BANGI, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Tokoh Islam Liberal Indonesia, Dr Mun’im Sirry sepatutnya berada dalam senarai individu yang dilarang masuk ke Malaysia.

Ahli Majlis Syura Isma, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, ini berikutan pelbagai kenyataan-kenyataan kontroversi tokoh liberal itu yang bercanggahan dengan akidah Islam seperti mengatakan al-Quran tidak relevan dan diturunkan pada era Mesopotamia.

Dr Mun’im membuat kenyataan itu pada sesi dialog ‘Scriptural Polemics: The Quran and Other Religions’ anjuran dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Islamic Renaissance Front (IRF) dan G25 di sini pada 20 ogos lalu.

Ustaz Hazizi berkata, isu Dr Mun’im yang membawa ajaran liberal sesat ini, bukanlah pertama kali berlaku.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

“Jadi, Dr Mun’im sepatutnya dimasukkan dalam senarai larangan masuk Malaysia, seperti yang berlaku pada individu sebelum ini dari Indonesia, Ulil Abshar-Abdalla.

“Dia dilarang masuk ke Malaysia kerana dikhuatiri kehadirannya mampu memesongkan akidah umat Islam,” katanya.

Mengulas lanjut Ustaz Hazizi berkata, kenyataan IRF dan G25 sebenarnya selari dengan pandangan Mun’im Sirry, meskipun ia tidak spesifik.

“Pada saya, Jakim patut keluarkan nasihat kepada orang Islam agar menjauhi pertubuhan yang menganjurkan pemikiran yang menyeleweng daripada Islam,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha memaklumkan pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada penganjur dan mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang sedia ada.

Beliau juga meminta Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi berkaitan membuat satu penyelarasan berhubung isu berbangkit supaya tiada pihak sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang menyalahi undang-undang dan amalan Islam yang diamalkan di negara ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close