Berita UtamaDuniaUtama

Ribuan warga Muslim Rohingya lari ke Bangladesh

RAKHINE, 2 Zulhijjah 1438H, Khamis – Beribu-ribu warga Muslim Rohingya terpaksa menyeberang ke Bangladesh sejak Myanmar mengumumkan pembentukan tentera di wilayah Rakhine yang dilanda keganasan awal bulan ini.

Pemimpin Rohingya di Bangladesh memberitahu agensi berita AFP pada Rabu bahawa sekurang-kurangnya 3,500 telah tiba sejak beberapa minggu kebelakangan ini sehingga menyebabkan ke kem-kem pelarian sesak di kawasan Cox’s Bazaar.

“Di kem Balukhali sahaja, kira-kira 3,000 warga Rohingya tiba dari kampung mereka di Rakhine,” kata Abdul Khaleq, merujuk kepada kem yang terdekat dengan sungai, di mana kebanyakan pendatang tinggal ketika mereka tiba dahulu.

Sementara itu, seorang lagi penjaga kem Rohingya lain, Kamal Hossain berkata, hampir 700 keluarga telah tiba di Bangladesh dalam tempoh 11 hari yang lalu.

Ramai yang tidur di tempat terbuka kerana tidak ada ruang di kem tersebut, katanya.

Pada 12 Ogos, pihak berkuasa di Myanmar menghantar beratus-ratus tentera ke wilayah Rakhine yang dakwanya untuk meningkatkan keselamatan.

Rakhine, di utara Myanmar, telah dicengkam oleh keganasan sejak Oktober lalu, apabila lelaki bersenjata menyerang pegawai polis.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa Myanmar dilaporkan telah menyeksa komuniti Rohingya, yang menurut Persatuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan pembersihan etnik minoriti Islam di wilayah itu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker