Berita UtamaUtama

Subsidi minyak, keperluan asas dikembalikan jika Pakatan Harapan menang PRU14

Lebih RM30 bilion wang 1MDB yang disembunyikan di luar negara akan dibawa balik

BANGI, 29 Zulkaedah 1438H, Selasa – Pakatan Harapan memberi jaminan subsidi minyak dan barangan keperluan lain akan dikembalikan, jika gabungan parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pada masa sama, Pakatan Harapan juga akan membawa pulang berbilion-bilion ringgit wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini disembunyikan di luar negara.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, masalah nombor satu negara sekarang ini ialah peningkatan kos sara hidup yang ada kaitan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), khususnya harga minyak petrol dan diesel.

Katanya, satu jalan penyelesaian haruslah dicari dan pastinya pemberian subsidi adalah antara caranya.

“Kalau kita tengok sejak kebalakangan ini banyak subsidi yang dinikmati rakyat telah pun dihapuskan. Yang paling terkesan ialah harga minyak. Suatu ketika dahulu kita diberitahu oleh kerajaan bahawa subsidi harga minyak ini perlu dihapuskan kerana harga minyak terlalu mahal, sampai mencecah 100 dolar setong.

“Menggunakan alasan itu rakyat diminta berkongsi bebanan kos harga minyak iaitu dengan menerima dasar baru untuk menghapuskan subsidi minyak.

“Hari ini harga minyak adalah 40 dolar setong. Jadi macam mana daripada 100 dolar jadi 40 dolar tapi subsidi masih tiada,” katanya dalam wawancara program sayap Srikandi Bersatu dengan beliau, hari ini.

Oleh itu, kata bekas Menteri Besar Kedah itu, pemberian subsidi terhadap barangan keperluan asas mesti dilakukan secara berhemah.

“Yang kita tidak puas hati ialah rakyat diminta mengikat perut, tetapi dibebankan dengan pelbagai cukai. Kalau dah kena cukai mestilah ada subsidi. Tapi sekarang ini, kiri kanan rakyat yang kena,” katanya.

Selain itu beliau berkata, Pakatan Harapan juga akan menghapuskan GST sebagaimana yang telah diberitahu oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tun Dr Mahathir sewaktu perasmian PPBM, ada menyentuh mengenai GST. Beliau mengumumkan bahawa sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14, yang pertama hendak dibuat ialah menghapuskan GST.

“Ini satu perkara yang telah ditetapkan dan insya-Allah akan dilakukan. Tapi ada juga yang bertanya kalau GST sekarang ini yang telah mengutip kira-kira RM55 bilion, dia kata macam angan-angan mat jenin dari mana nak ganti RM55 bilion ini.

“Yang pertama kita kena ingat bukan keseluruhan RM55 bilion itu perlu diganti. Sebelum GST dilaksanakan kita ada SST sistem percukaian yang dibuat sebelum ini lebih menjurus kepada orang yang mampu membayar cukai. Kita patah balik kepada SST dan menerusi SST kita pernah mengutip RM27 bilion,” katanya.

Menjawab soalan, Mukhriz berkata, lebihan kutipan cukai itu itu akan dibuat dengan cara lain, termasuk membawa pulang berbilion-bilion ringgit wang 1MDB yang disembunyikan di luar negara.

“Untuk jangka masa panjang yang kami cadangkan ialah menyemak semula sistem percukaian yang diamalkan dalam negara. Sebenarnya banyak lagi yang boleh digunakan, penambahbaikan kepada sistem itu untuk meningkatkan hasil selain daripada memastikan kita tidak lagi membayar apa yang dikenali sebagai ‘cukai rasuah’.

“Bila ada amalan rasuah yang berleluasa dalam negara ini sebenarnya negara membayar lebih banyak daripada apa yang sepatutnya. Benda yang sepatutnya memakan kos RM20 bilion atau RM30 bilion tiba-tiba diletak harga RM55 bilion, seperti ECRL. Akhirnya rakyat juga yang kena bayar. Kita pinjam duit dari luar negara, khususnya China, tapi akhirnya beban hutang itu rakyat yang tanggung,” katanya.

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Alhamdulillah……., beginilah kalau nak cakap barulah ada visi namanya. Jangan macam Lim Kit Siang & seorang lagi tu ( jangan tula ) asik nak makan orang……. saja -PM ), asik nak jadi PM saja. Semua apa yg kerajaan buat salah, rasuah pada hal……. dia oranglah BAPA RASUAH.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close