a
Terkini
14/12/2017, 2:56 am

Pemuda Isma tawan Gunung Nuang

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

JANDA BAIK, 20 Zulkaedah 1438H, Ahad – Bertitik tolak daripada kejayaan 15 anggota Pemuda Isma menawan puncak Gunung Kinabalu pada tahun lepas, kali ini Gunung Nuang pula menjadi sasaran 70 anggota sayap Isma itu semalam.

Kumpulan anak muda yang diketuai peminat aktiviti mendaki Muhammad Al-Amin Asri, tiba di puncak tertinggi di Selangor itu pada jam 1.30 petang setelah mula bergerak jam 9.30 pagi dari kaki gunung.

Sepanjang pendakian, peserta diuji dengan laluan sukar dipenuhi lecak dan menegak 45 darjah.

“Alhamdulillah semua peserta berjaya tiba di puncak dan kembali semula ke kaki gunung dengan selamat kira-kira jam 6.30 petang,” kata Al-Amin kepada Ismaweb.

Pemuda Isma yang dipimpin ketua baharunya, Muhammad Farid Husin memfokuskan pembinaan jati diri pemuda untuk sedia berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Pada November 2016, 15 anggota Pemuda Isma dan I-Fitness berjaya menawan Gunung Kinabalu meskipun hujan turun sepanjang pendakian.

Gunung berketinggian 1,493 meter atau 4,898 kaki itu antara gunung kegemaran peminat sukan mendaki.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment