Berita Utama

Tak semua orang kaya perlu disiasat: SPRM

PUTRAJAYA, 18 Zulkifli 1438H, Jumaat – Tidak semua individu yang mempuyai kekayaan luar biasa perlu disiasat,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata, siasatan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya akan dijalankan sekiranya terdapat dasar yang sah berhubung dakwaan aset berlebihan yang dimilikinya.

“Harus ada asas yang sah untuk membuktikan kekayaan seseorang diperoleh melalui korupsi atau penyalahgunaan kuasa.

“Kalau tiada dasar yang betul dan sah, bagaimana kita hendak menyiasat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Zahid sebelum ini berkata, beliau sanggup disiasat oleh SPRM berhubung wang yang dimilikinya bernilai RM230 juta, didakwa ketika beliau berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO pada akhir 1990-an – dengan syarat suruhanjaya itu juga perlu menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad serta anak-anaknya.

Perang mulut antara kedua-dua pemimpin itu adalah susulan pendedahan Dr Mahathir yang meminta Zahid menjelaskan dari mana beliau memperoleh sejumlah wang berkenaan ketika membuat perisytiharan apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Dzulkifli berkata, Zahid merupakan pemimpin Pemuda UMNO pada masa itu, dan tiada kedudukan dalam kerajaan, bahkan ahli perniagaan yang berjaya.

Maka katanya, tiada salah jika beliau (Zahid) mempunyai wang sebanyak itu di dalam akaunnya, kerana aset yang dimiliki dibeli secara sah.

“Jika sumber itu melalui rasuah dan penyalahgunaan kuasa, maka SPRM mempunyai hak untuk mengambil langkah dan menyiasat.

“Menyatakan bahawa terdapat RM230 juta dalam akaun itu tidak mencukupo dan pihak yang mengatakannya tidak memberikan sebarang bukti setakat ini,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close