Berita Utama

67 jemaah haji terkandas masalah visa

KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Seramai 67 jemaah haji negara terkandas berikutan masalah kelewatan pengeluaran visa Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masalah itu berpunca daripada sistem permohonan visa Arab Saudi, yang kini hanya boleh dimohon menerusi dalam talian.

Jelas beliau, sistem proses membuat visa tergendala disebabkan penambahan jemaah haji di seluruh dunia yang membuat permohonan secara serentak.

Bagaimanapun katanya, Tabung Haji berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan sudah berbincang dengan Kedutaan Arab Saudi.

“Meraka menyatakan sudah menambah jumlah kakitangan untuk menguruskan sistem itu bagi memudahkan urusan yang tergendala.

“Pada masa sama, TH menyediakan penginapan dan makanan kepada jemaah terbabit.

“Kita yakin perkara ini boleh diselesaikan sebelum 26 Ogos iaitu tarikh penerbangan terakhir ke negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close