Berita UtamaUtama

1MDB bala terhadap negara, kata PAS

BANGI, 16 Zulkaedah 1438H, Rabu – Rakyat akan tetap menanggung hutang syarikat pelaburan negara yang dilingkari pelbagai skandal kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), walaupun kerajaan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun mereka yang terbabit menyeleweng dana 1MDB ditangkap dan dipenjarakan, hutang itu masih perlu dibayar kerana ia dijamin oleh kerajaan yang berkuasa sekarang ini.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur, beliau dalam satu kenyataan berkata:

“Itulah realiti yang menyayatkan dan itu kesan sebenarnya skandal 1MDB terhadap rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa 1MDB adalah satu bala terhadap negara.

“Di dalam taklimat 1MDB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS, beliau menegaskan pelan rasionalisasi 1MDB adalah apa yang boleh beliau buat sekadar mampu untuk memastikan 1MDB tidak lagi perlu meminta suntikan dana daripada kerajaan.”

Kelmarin, PAS berkata, mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang itu daripada Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Namun, dalam kenyataan terbaharunya, Tuan Ibrahim berkata, jika pelan rasionalisasi 1MDB gagal dan sekiranya 1MDB lewat membayar hutang, ini menyebabkan kos faedah bertambah melebihi AS$1.9 bilion setahun yang perlu ditanggung kerajaan, sama ada kerajaan bertukar tangan ataupun tidak pada PRU14.

“Kelewatan menjelaskan hutang ini menyebabkan kadar interest bertambah, di mana ia akan memeritkan rakyat dan kerajaan akan datang, suka mahupun duka.

“Yang menanggung akibat ini ialah kerajaan dan rakyat, bukan mereka yang terlibat menyeleweng 1MDB yang masih berkuasa. Hatta harta mereka yang terlibat dirampas pun, ia tidak mampu untuk membayar hutang 1MDB,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, PAS meragui kemampuan kerajaan dalam mengendalikan aset-aset negara dan memandangkan Kementerian Kewangan telah mengambil alih aset 1MDB serta diserahkan kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), maka PAS berpendirian bahawa Menteri Kewangan perlu melaporkan kepada Parlimen dari semasa ke semasa.

Ini bertujuan supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengetahui dan memantau perkembangan aset-aset tersebut dan mengelakkan tidak timbul masalah baru jika tidak dikawal, katanya sambil mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan bagi menyiasat perkara yang mencetus kemelut dalam isu 1MDB.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Alhamdulillah…….. Tahniah PAS, inilah cara membangkang yang namanya BERPOLITIK CARA MATANG & SEJAHTERA, wahai pembangkang yg. lain jangan lah asik MEMBANGKANG KERANA MAHU KEPUTRAJAYA DAN BEREBUT NAK JADI PERDANA MENTERI, kerana ianya menjanjikan suatu
    BALA yang amat memeritkan.

  2. Kenapa .,?kalau pembang menang kerajaan pembangkang akan tanggung.itu hutang Kerajaan BN,yg.buat hutang kerajaan najib.Kerajaan pembangkang tidak terlibat,1MDB.BN yang tubuh perjanjian ,hutang Najib dan konco nya,pembangkang x perlu nk.bayar.

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close