Berita Utama

KP AADK nafi hadir beri kenyataan kes rasuah kepada SPRM

BANGI, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Ketua Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin dilaporkan hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, semalam.

Memetik laporan portal New Straits Times, kehadiran beliau dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang disiasat oleh suruhanjaya itu.

Kehadiran Abd Halim disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah, yang dipanggil untuk memberi kenyataan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Bagaimanapun, Abd Halim menafikan bahawa beliau dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah, sebaliknya sekadar membincangkan program yang bakal diadakan oleh dua agensi itu.

“Tiada apa-apa. Saya tidak akan memberikan apa-apa kenyataan. Saya di sini untuk membincangkan program anti dadah dengan SPRM,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close