Berita Utama

Susun strategi PRU15, Gerakan lancar pemukiman

Bagi dapatkan kepercayaan pengundi dan rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Rejab 1442H, Sabtu – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai hari ini melancarkan pemukiman parti itu hari ini untuk membincangkan strategi yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata ia juga diadakan bagi mendapatkan kepercayaan pengundi dan rakyat Malaysia sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan parti itu yang ditubuhkan sejak 1968.

“Retreat dua hari yang bermula hari ini penting bagi Gerakan sebagai persediaan menghadapi PRU15,” katanya kepada media selepas merasmikannya di Dewan Pulau Pinang, Menara PGRM di sini hari ini.

Pemukiman itu membabitkan penyertaan 130 perwakilan daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), Pemuda, Wanita dan peringkat negeri dijalankan secara bersemuka dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi di 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button