Berita UtamaUtama

Ridhuan Tee menulis dalam Ismaweb.net setiap Isnin

BANGI, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Pendakwah bebas terkenal, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, akan mula menulis dalam ruangan kolumnis Ismaweb.net, setiap Isnin, mulai minggu ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ridhuan Tee, memiliki kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Ijazah Sarjana dalam Kajian Strategik UKM; Ijazah Kedoktoran Politik dan Kerajaan UKM; dan Diploma Pengajian Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kini bertugas sebagai Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), felo utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Terengganu.

Beliau berpengalaman luas menulis dalam akhbar dan menjadi bahan berita apabila banyak tulisannya dianggap mencetuskan kontroversi. Sehingga suatu ketika, kerana campur tangan pihak tertentu yang tidak tahan dengan pandangannya, tulisannya mula disekat.

Ustaz Ridhuan Tee bukan sahaja banyak menulis membela Islam setelah direndah-rendahkan oleh pihak lain, malah mempertahankan Melayu sehingga beliau dilabel sesetengah pihak sebagai ‘lebih Melayu berbanding Melayu sendiri’.

Ungkapan ‘ultra kiasu’ yang ditujukan kepada puak-puak dalam parti politik, khususnya parti anti-Islam MCA, DAP, MIC dan Gerakan, turut mempopularkannya.

Tulisan pertama beliau hari ini adalah berkaitan ‘Menjadikan Islam sebagai pasak dan mengekang kuasa kelima’.

Jangan lepas peluang untuk mengikuti tulisan beliau dalam ruangan kolumnis di Ismaweb.net setiap Isnin mulai hari ini.

Papar selanjutnya

Satu komen

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close