Berita Utama

Israel larang bawa peranti elektronik

SEMENANJUNG GAZA, 13 Zulkaedah 1438H, Ahad – Rakyat Palestin tidak dibenarkan membawa komputer riba atau sebarang alat elektronik lain di laluan pejalan kaki Erez yang menyeberangi Gaza ke Israel.

Menurut Pusat Perundangan Kebebasan, larangan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin itu dikuat kuasa di kawasan memasuki Israel melalui Jordan di persimpangan Allenby.

Larangan itu termasuklah pencukur elektronik, namun membenarkan telefon bimbit digunakan. Malah, makanan dan peralatan mandian juga tidak dibenarkan, kecuali bagi penduduk Gaza yang mahu ke Israel bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Dilaporkan, sekatan baharu itu hanya dikuat kuasakan ke atas rakyat Palestin, termasuk pekerja warganya dari organisasi antarabangsa yang memerlukan komputer riba untuk bekerja.

“Perintah baharu ini secara tidak langsung menyukarkan penduduk Gaza, malah tidak faham tujuan ia dilaksanakan,” kata pertubuhan itu.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close