Berita UtamaPendapatUtama

Nyahtarif insurans kenderaan tak bantu rakyat: CAP

ADAKAH pengguna terpaksa membayar lebih untuk insurans kenderaan mereka berbanding apa yang mereka bayar sekarang apabila nyahtarif insurans kenderaan bermula pada 1 Julai? Ini adalah apa yang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) faham kerana Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam jawapannya kepada soalan:

“Apakah % peningkatan yang boleh saya jangka (penekanan CAP) bagi premium kenderaan saya”: “Ia akan berbeza antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain. Pengguna perlu meneliti insurans kenderaan yang memenuhi keperluan mereka.”

Laporan yang memetik Persatuan Aktuari Malaysia (ASM) juga bersetuju bahawa “apabila nyahtarif tarif dan perniagaan kenderaan, kadar premium dijangka meningkat bagi perniagaan kenderaan yang akan menghasilkan penambahbaikan nisbah kerugian kenderaan daripada mengalami kerugian semasa atau kedudukan pulang balik modal.”

Nyahtarif akan secara tidak sengaja menghukum pemandu yang baik oleh beberapa faktor, terutama sekali berdasarkan jantina, usia, perbatuan kereta dan pekerjaan pemandu.

Sebagai ganti nyahtarif, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memperkenalkan Skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) yang akan memberikan manfaat kepada pengguna tanpa membebankan mereka dari segi kewangan malah menangani masalah mereka dengan skim insurans kenderaan semasa.

Pada hakikatnya, BNM telah mengenal pasti senarai masalah yang dihadapi oleh pengguna seawal 2007 dan ia termasuklah:

  • Akses yang tidak mencukupi terhadap perlindungan insurans pihak ketiga, terutama sekali bagi kenderaan perdagangan dan lama.
  • Proses penyelesaian tuntutan yang panjang.
  • Premium yang tidak disemak semula sejak 1978.
  • Syarikat insurans enggan untuk menawarkan perlindungan insurans pihak ketiga memandangkan premium tidak mencukupi.
  • Risiko mangsa kemalangan tidak menerima sebarang pampasan atau tidak mencukupi.

Sistem berasaskan kesalahan semasa adalah berdasarkan kepada prinsip Corrective Justice yang bermakna bahawa anda perlu membayar jika anda bersalah. Di bawah sistem ini, tidak semua mangsa yang cedera dalam Kemalangan Kenderaan (MVA) menerima pampasan. Tambahan pula, penuntut perlu menunggu lama dan terpaksa mengeluarkan banyak wang sebelum mendapat hak mereka dan menerima pampasan, di samping terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah lain.

Pada 2010, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) kepada BNM. Pada hakikatnya, pengenalan skim NFL berkaitan dengan kematian dan kecederaan tubuh akibat MVA ini dicadangkan oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Harun Hashim.

Kebaikannya ialah kos NFL ini hanya sebahagian kecil daripada kebanyakan polisi insurans kenderaan; Tan Sri Dato’ Harun Hashim sendiri mencadangkan kadar rata purata RM50 pada 1995 dan CAP bersetuju dengan kadar itu.

Pada hakikatnya, pada Ogos 2007, Pejabat Peguam Negara mengeluarkan Kertas Isu Awal mencadangkan skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) diperkenalkan.

Selanjutnya CAP menyerahkan satu memorandum bahawa NFL mestilah berpandukan prinsip-prinsip yang berikut:

  • Pampasan yang cepat, cekap dan mencukupi bagi mangsa MVA tanpa perlu litigasi atau pertikaian penyelesaian berhubung isu kesalahan;
  • Pemulihan dan penjagaan sepanjang hayat bagi mangsa dengan kecederaan serius dan sokongan untuk keluarga mangsa yang meninggal;
  • Strategi pencegahan kemalangan yang berkesan; dan
  • Kos pengurusan yang rendah supaya lebih banyak dana diperolehi untuk mangsa kemalangan jalan raya.

NFL bukanlah sesuatu yang baharu dan CAP mencadangkan Malaysia mencontohi model yang diamalkan di Victoria, Australia, dan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan (TAC). NFL juga telah dilaksanakan oleh Amerika Sysrikat, Kanada dan Australia.

Kita juga berjaya melaksanakan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sejak 1971 yang merupakan skim NFL. Ini menunjukkan kita mempunyai kepakaran untuk mereka bentuk dan melaksanakan skim seperti itu.

Di Malaysia, CAP menyarankan skim ini dibiayai oleh premium insurans pihak ketiga. CAP beralasan bahawa bayaran pengurusan dan guaman syarikat insurans dijangka akan berkurang memandangkan tiada lagi keperluan untuk membuktikan kesalahan, dan tiada lagi sebarang komisen kepada ejen sementara premium yang sedia ada sudah mencukupi.

Lebih-lebih lagi, pembiayaan juga boleh diperolehi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana ia juga menangani tuntutan pekerja yang cedera dalam waktu kerja, termasuklah perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja mereka.

Apa yang diberi perhatian ialah pencegahan kemalangan untuk menjadikan skim itu berdaya maju dalam jangka panjang. Seperti dalam kes di Victoria, terdapat pengurangan lebih daripada 38,000 tuntutan dalam tempoh lebih 10 tahun, dengan penjimatan lebih daripada AUD$1 bilion. Bilangan kematian jatuh kepada 377 pada 2006 daripada 776 pada 1987.

Kerajaan Australia mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan jalan, keselamatan kenderaan dan kempen keselamatan jalan raya yang lebih berkesan.

Pada hakikatnya, BNM berminat untuk melaksanakan NFL sehinggalah pada 2010 apabila BNM mengumumkan Rangkakerja Perlindungan Kenderaan Asas (BMCF) yang merupakan petanda buruk kepada NFL. Kemudian pada lewat April 2017, BNM mengumumkan ia sedang meliberalisasikan industri insurans kenderaan supaya syarikat insurans individu dan pengendali takaful boleh menentukan harga produk insurans kenderaan.

Apabila nyahtarif (detariffication) insurans kenderaan bermula pada 1 Julai, ia akan menjejaskan semua rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), terdapat 27.61 juta kenderaan berdaftar di negara ini pada 2016. Kesan nyahtarif ke atas setiap orang yang memiliki lesen kenderaan tidak dapat dibayangkan.

Terdapat konsensus umum antara CAP, BNM dan Pejabat Peguam Negara bahawa NFL adalah baik dalam bentuk membantu mangsa kemalangan. Dengan nyahtarif, tiada penambahbaikan ketara terhadap masalah yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007.

Adakah masalah pengguna yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007 ditangani dengan menyeluruh atau BNM hanya melindungi kepentingan industri insurans apabila insurans kenderaan dinyahtarif? CAP sekali lagi menegaskan bahawa NFL perlu segera diguna pakai dan dilaksanakan demi kepentingan pengguna. Amat mengejutkan bahawa BNM berterusan menyokong syarikat insurans bukannya orang ramai.

SM Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. HUJAN SAHAJA TURUN TETAPI YANG LAIN SEMUA NAIK

    Mungkin orang akan mempertikaikan tajuk di atas dengan mengatakan harga minyak petrol turun. Ya harga petrol turun 2 atau 3 sen tetapi kenaikannya 10 sen atau lebih ! Siapa yang kena? Harga petrol turun pun sebab PRU14 semakin hampir. Selepas PRU14?

    Semua kenaikan kos dan harga barangan dan perkhidmatan berlaku kerana kera-jaan Beban Negara pimpinan Dumno sengaja merestui kenaikan tersebut tanpa memperdulikan penderitaan rakyat semata-mata kerana menjaga kepentingan puak kapitalis yang menyokong (dan mungkin membiayai) Beban Negara dan Dumno dalam PRU dll. Bahkan sebilangan pemimpin politik Beban Negara pimpinan Dumno sendiri terlibat dalam perniagaan!

    Kehidupan rakyat semakin terhimpit apabila kecuaian pemimpin-pemimpin Beban Negara pimpinan Dumno telah menyebabkan skandal 1MsiaDalamBahaya dll yang amat merugikan negara dan rakyat. Skandal 1MsiaDalamBahaya dll dikatakan mempunyai kesan berantai yang buruk ke atas GLC dan pelbagai tabung dan ekonomi negara.

    Akibatnya, rakyat dibebankan dengan cukai GST untuk menambahkan pendapataan kera-jaan yang telah menyebabkan kos dan harga barangan dan perkhidmatan meningkat lebih tinggi pada tahap ‘gilababi’ dan nilai RM merundum dan ekonomi negara mengalami serangan ‘sawan’ mendadak berulang-ulang ! Kita juga merasa hairan mengapa negara jiran yang miskin mempunyai mata wang yang lebih kukuh dari RM.

    Sepatutnya pemimpin-pemimpin kera-jaan menjual harta kera-jaan dan harta benda mereka sendiri dan menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar hutang 1MsiaDalamBahaya sebelum membebankan rakyat dengan hutang 1MsiaDalamBahaya !

    Akibat kecuaian pemimpin-pemimpin Beban Negara pimpinan Dumno , rakyat menjadi semakin miskin kerana tidak mampu membiayai keluarga dan kadar jenayah meningkat sedangkan pemimpin Beban Negara dan Dumno dan puak kapitalis menjadi semakin kaya. Rakyat menanggis hiba diwaktu pemimpin-pemimpin politik Beban Negara pimpinan Dumno berdekah-dekah tertawa dan tertawa terkekek-kekek !

    PEMIMPIN MENIPU RAKYAT ADALAH PENGHUNI NERAKA

    Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Seseorang yang diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga.” (HR Muslim)

    PRU14

    Sekarang PRU14 semakin hampir dan pemimpin-pemimpin Beban Negara dan Pakatan Tiada Harapan mula berlakon menjadi malaikat untuk memperdayakan rakyat yang naif dan jahil. Pelbagai janji ditabur kepada rakyat seperti pemburu menabur umpan kerana mengidam daging ayam hutan !

    Wahai umat Islam marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam dan bersatupadu menyokong dan mengundi parti Islam dan calon Islam yang berwibawa dalam PRU14 supaya mereka boleh menubuhkan kerajaan Islam yang boleh membela agama Islam dan hak umat Islam dan kebajikan rakyat.

    Marilah kita semua memulaukan dan menolak semua parti politik kafir harbi, liberal dan sekular dalam PRU14 sebab kita melihat mereka tidak berminat untuk membela agama Islam, hak umat Islam dan kebajikan rakyat.

    Hanya rakyat yang tidak bermoral menyokong dan mengundi calon dan parti yang tidak bermoral. Bagaimana boleh pemimpin yang tidak bermoral menguruskan negara dan rakyat dengan baik?

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close