Berita UtamaUtama

Tapak muktamar PAS dilanda ribut, ramai cedera, khemah runtuh

KOTA SARANG SEMUT, 2 Syaaban 1438H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 17 orang cedera apabila ribut melanda kawasan Kompleks PAS Kedah di sini, malam tadi, di mana muktamar tahunan parti itu ke-63 berlangsung.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam tadi turut memusnahkan lebih 30 khemah jualan dan pameran menyebabkan kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit.

Dua mangsa dilaporkan patah kaki dan seorang cedera di kepala, dikejarkan ke hospital, manakala selebihnya cedera ringan.

Khemah utama yang digunakan Dewan Pemuda PAS untuk muktamar mereka semalam juga dilaporkan rosak teruk.

Anggota bomba dikejarkan ke tepat kejadian untuk memberi bantuan, manakala JabatanAmal PAS menutup kawasan itu bagi memudahkan bantuan kecemasan.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan mengesahkan kejadian itu, tetapi hanya memaklumkan beberapa khemah rosak.

Beberapa program malam ini dibatalkan, kecuali majlis makan malam bagi mengutip dana pembinaan Kompleks PAS Kedah.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close