Berita UtamaUtama

PAN sengaja wujudkan pertandingan tiga penjuru

Sumber foto: NSTP/Surianie Mohd Hanif

BANGI, 28 Rejab 1438H, Selasa – Parti Amanah Negara (PAN) tidak dapat dinafikan lagi memang mahukan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Malah, beliau berkata, PAN juga adalah penyebab tiga penjuru dan mereka sememangnya memasang niat untuk mewujudkannya.

Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas respon PAN yang tidak bersetuju apabila menyeru parti itu supaya tidak masuk di kerusi PAS lawan UMNO.

“Respons mereka mengesahkan sememangnya PAN adalah penyebab kepada 3 penjuru. Dan sememangnya mereka berhasrat dan berniat untuk berlaku 3 penjuru

“Jika 3 parti PAS, PKR dan DAP kekal pada kerusi masing-masing pada PRU ke-13 bertanding lawan BN maka tak akan berlaku 3 penjuru.

“Tapi yang pasti PAN tentu mahu bertanding di kerusi tradisi PAS lawan UMNO bagi merelevenkan kehadiran mereka dalam politik iaitu PAN nak ganti PAS.

“PBBM juga mahu. Sebab itu dia mahu berunding kerusi dengan PAS,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Khairuddin turut mempersoalkan idea dua penjuru yang selama ini dicanang-canangkan Pakatan Harapan.

“Adakah maksudnya PAS jangan kacau kerusi DAP lawan MCA dan Gerakan? Juga PAS jangan kacau kerusi PKR lawan MCA dan UMNO, manakala kerusi tradisi PAS pula sebanyak lebih kurang 80 kerusi lawan Umno akan diagih-agihkan kalangan PAS, PAN dan PBBM?,” soalnya.

Beliau berkata, sekiranya itu maksud mereka, ia bererti idea dua penjuru bertujuan mengecilkan saiz PAS dalam pertandingan pilihan raya.

“Jika BN jatuh maka PAS hanyalah parti politik yang seumpama melukut di tepi gantang parti-parti pembangkang lain. Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak akan ke mana.

“Sebab itu saya tegaskan PAN dan PBBM jangan bertanding di kerusi PAS lawan UMNO iaitu 80 kerusi tradisi. Ia hanya akan menguntungkan UMNO.

“PAN dan PBBM minta sahaja sebahagian kerusi DAP dan PKR tandingi iaitu sebanyak lebih kurang 150 kerusi parlimen termasuk Sabah dab Sarawak. Itu akan menjadikan pembangkang satu lawan satu dengan BN. Ia sangat senang untuk difahami,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

2 komen

  1. Parti kafir harbi seperti parti roket yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam sentiasa berusaha memfitnah, menghina dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan undang-undnag Syariah dan menafikan hak umat Islam.

    Malangnya masih terdapat puak munafik liberal yang mendakwa diri mereka beragama Islam sanggup menjadi barua ternakan parti roket untuk melemahkan dan menghapuskan parti Islam PAS yang dipimpin oleh ulama Islam semata-mata kerana matlamat, tujuan dan dasar perjuangan PAS ialah memartabatkan dan memperkasakan agama Islam sebagai cara hidup umat Islam di negara ini.

    Jika PAS kalah dalam PRU14, musuh-musuh Islamlah yang paling gembira dan bertepuk tangan kerana mereka boleh menghina dan menentang ajaran Islam dan undang-undang Syariah dan menafikan hak umat Islam tanpa sebarang halangan.

    Oleh sebab itu, marilah kita semua menggagalkan citia-cita dan rancangan jahat musuh Islam dengan menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 dan menolak semua parti kafir harbi dan parti-parti barua mereka yang menjadi pengkhianat!

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close