Berita UtamaUtama

Warden asrama pukul pelajar direman empat hari

KOTA TINGGI, 26 Rejab 1438H, Ahad – Seorang pembantu warden asrama pusat tahfiz swasta di sini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pukul pelajar berusia 11 tahun sejak Januari lalu, yang kini dilaporkan koma selepas kakinya terpaksa dipotong.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 29 tahun itu bermula hari ini hingga Rabu depan.

Kira-kira jam 4 petang semalam, sepasukan anggota polis menahan lelaki terbabit di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, dekat sini selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Dalam kejadian berkenaan mangsa dipercayai dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pelajar itu yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lalu, menjadi viral di media sosial dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas dirotan oleh pembantu warden.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, dipotong kedua kakinya semalam kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman naik ke atas.

“Terkini, murid itu koma dan tangan kanannya telah hitam kerana proses jangkitan kuman pada tisu dan sel darah,” katanya.

http://www.ismaweb.net/2017/04/pelajar-madrasah-dipercayai-dipukul-warden-kini-koma/

Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Bila ustaz yg rasa dirinya maksum macam ni lah jadinya… pakaian ikut sunnah tapi tiada ihsan.. sedangkan islam itu merangkumi 3 perkara utama ; Islam, iman & ihsan

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close