Berita UtamaUtama

Mukhriz serah notis untuk debat Haris pada polis


KUALA LUMPUR, 20 Rejab 1438H, Isnin – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengemukakan notis kepada pihak polis bagi memaklumkan rancangan untuk berdebat dengan bekas pembantu khasnya, Haris Che Mat pada 27 April atau 5 Mei.

Laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, memuatnaik surat makluman bertarikh 12 April itu malam tadi.

Notis itu, bagaimanapun hanya diserahkan kepada polis petang semalam.

Dalam notis itu, Mukhriz berkata, debat akan diadakan di Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, di Alor Setar pada jam 9 malam.

Mukhriz juga berkata, Haris bersetuju untuk menjawab soalan-soalan mengenai Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tujuan debat ini diadakan ialah untuk memperjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Naib Ketua UMNO Pokok Sena, ketika beliau mencabar saya untuk berdebat.

“Pihak pengurusan dewan tersebut juga tiada halangan malahan setuju untuk membenarkan debat ini dijalankan di premis tersebut,” kata Mukhriz dalam notis itu.

Haris sebelum ini menuduh Mukhriz memiliki aset berjumlah lebih daripada RM1 bilion dan mencabar untuk berdebat mengenai kekayaannya.

Mukhriz kemudiannya bersetuju dan berjanji untuk menderma semua wang itu, jika Haris mampu membuktikannya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close