Berita UtamaUtama

Syor hukuman sebat depan khalayak

Gambar hiasan

BAGAN SERAI, 19 Rejab 1438H, Ahad – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mencadangkan pelaksanaan hukuman sebat mengikut undang-undang syariah dilakukan di khalayak.

Beliau berkata, hukuman terbuka itu diharap diberi pertimbangan serius jika pindaan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) 355 diluluskan Dewan Rakyat, supaya dapat memberi keinsafan maksimum kepada pelaku jenayah dan masyarakat.

Katanya, hukuman sebat bagi jenayah syariah tidak menyakitkan, tetapi untuk memberi keinsafan serta pengajaran, berbeza dengan hukuman sebat bagi kesalahan jenayah sivil yang amat keras dan mendatangkan kecederaan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata:

“Jika dapat peluang bahas, mana-mana pesalah ditangkap atas kesalahan undang-undang syariah yang wajib dikenakan hukuman sebat, perlu dilaksanakan hukuman di hadapan khalayak

“Kalau boleh hukuman itu minta dibuat di kawasan luas, perlu dihadiri seluruh ketua jabatan, kesalahan pesalah diisytiharkan seterusnya hukuman dijalankan mengikut garis panduan ditetapkan syarak.

“Melalui kaedah itu, saya yakin hukuman dilaksanakan bukan sahaja memberi pengajaran, keinsafan dan ketakutan maksimum dalam diri pesalah, malah memberi kesan kepada masyarakat yang menontonnya,” katanya.

Papar selanjutnya

Satu komen

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close