Berita UtamaUtama

Wajibkan warga asing belajar bahasa Melayu sebelum terima pas pekerja: DBP

BANGI, 18 Rejab 1438H, Sabtu – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyarankan supaya warga asing yang bekerja di Malaysia diwajibkan mempelajari dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu sebelum layak menerima pas pekerja.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Md. Salleh Yaapar berkata, ia juga sebagai salah satu usaha dalam memperkasakan bahasa kebangsaan.

Malah beliau turut mengesyorkan supaya kerajaan mewujudkan ujian bahasa sebelum membenarkan warga asing diterima bekerja di negara ini.

“Perkara ini memang menjadi kebiasaan di mana-mana negara yang mewajibkan warga asing memahami dan boleh bertutur bahasa tempatan sebelum kerajaan mengeluarkan pas pekerja.

“Malah perkara yang sama boleh dilakukan terhadap pelajar-pelajar asing yang mewajibkan mereka mempelajari Bahasa Kebangsaan,” katanya ketika membentangkan Resolusi Kongres Budaya 2017 di sini, hari ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close